Usahawan IT


1. MENGENAI ERUWAN GERRY

 
Eruwan Gerry Norsen merupakan seorang nama yang tidak asing lagi di persada dunia perniagaan internet Malaysia. Beliau dikenali sebagai seorang pakar usahawan internet di Malaysia.

 


Beliau telah menghasilkan 4 buah buku mengenai perniagaan internet yang telah "meletup" di pasaran Malaysia. Kepakaran beliau telah mendapat pengiktirafan daripada Mentor Jutawan Malaysia iaitu Azizi Ali sehingga beliau menjadi salah seorang usahawan internet yang telah ditemuramah di dalam buku Jalan Pintas Kekayaan karya Azizi Ali.


Beliau juga pernah menjadi penceramah jemputan untuk perniagaan internet kepada eBay, TrueWealth Sdn Bhd, Majlis Amanah Rakyat (MARA), Yayasan Pelajaran MARA (YPM), Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), Kementerian Keusahawanan & Koperasi, Universiti Kuala Lumpur dan Universiti Teknologi MARA.
 
 
Walaupun Eruwan lebih dikenali umum di dalam arena perniagaan lelongan online, sebenarnya beliau juga merupakan seorang seorang penjual produk digital dan juga seorang affiliate yang berjaya. Penjualan produk-produk digital beliau telah mampu mencapai jualan sehingga 5-Angka pada setiap pelancaran. Beliau juga sering mendapat tempat pertama sehingga tempat kelima di dalam pertandingan-pertandingan affiliate yang telah dianjurkan oleh usahawan-usahawan internet lain di Malaysia. Di dalam setiap pertandingan, beliau telah berjaya menjana komisyen affiliate sehingga 4-Angka dan mendapat pelbagai hadiah bonus tambahan.


Selain itu, beliau juga telah membantu orang lain yang ingin menjana wang melalui internet dengan menyediakan program-program affiliate yang sehingga kini telah disertai oleh ratusan orang. Dengan menyertai program-program affiliate beliau ini, mereka telah mendapati bahawa ianya tidak sukar untuk menjana keuntungan mereka yang pertama melalui internet.

Laman web keahlian JejakUsahawanInternet.com merupakan salah satu lagi usaha murni beliau untuk membantu lebih ramai lagi rakyat Malaysia untuk menjadi usahawan internet yang berjaya.
 
2.  KISAH KEJAYAAN LABANON AKA ADLY MUKHTAR FLAREBIZ
 

 











 
FACEBOOK, blog, muat turun lagu, memasuki “chat rooms” di Internet memang menjadi kegemaran remaja ini, tiada bezanya dengan anak muda lain. Adly Mukhtar banyak mencuri masa daripada setiap kesempatan yang ada untuk ke kafe siber, melayari Internet kerana di rumahnya tiada kemudahan itu.Tapi boraknya di Internet bukan bualan kosong. Adly seronok meneroka dunia. Beliau mencari sesuatu yang bermakna setelah menyedari minatnya melayari Internet boleh membawa keuntungan pada dirinya.

Adly terpikat membaca kejayaan Irfan Khairi, pakar perniagaan Internet yang menjadi jutawan pada usia 25 tahun.Irfan pernah dipetik sebagai berkata “cara paling mudah untuk berjaya di Internet ialah dengan mengikut jejak langkah mereka yang berjaya”.Itu jugalah yang diikuti Adly, “Saya terfikir, kalau dia boleh berjaya kenapa saya tidak?” kata Adly memulakan bicara.

BERMULA DENGAN RM300

Adly mula menjana pendapatan di Internet pada usia 16 tahun, ketika masih di tingkatan 4 lagi. Setahun selepas itu, beliau melancarkan produk digital yang diberi nama “101 Tip Adsense Terbongkar” dan menjana pendapatan RM10,000. Produk itu berupa e-buku bagi usahawan Internet yang berharga RM20 satu. Ia menerangkan 101 teknik bagaimana untuk memaksimum atau menggandakan pendapatan Google Adsense.“Saya pinjam duit kawan sebanyak RM300 untuk memulakan projek ini,” kata Adly.

Selepas SPM, dia melanjutkan pelajaran ke sebuah universiti tempatan dalam bidang kejuruteraan komputer, namum nekad berhenti untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada perniagaan Internet yang dijalankan dan berjanji pada dirinya untuk terus menimba ilmu bagi kemajuan diri dan masa depannya.

Pada ketika itu, beliau sudah memiliki komputer sendiri yang dibelikan ibunya untuk pengajian di universiti.

Bersama seorang rakan kampung di Kota Bharu, Kelantan, Mohd Zhafran Mohd Ghani, beliau menubuhkan syarikat penyelesaian Internet Flarebiz Network dua tahun lepas.

Mohd Zhafran yang meminati apa saja berkaitan dengan reka bentuk dan pembinaan laman web, menjana pendapatan di Internet dengan membuat servis reka bentuk laman web mini atau mini sites dan e-cover di pasaran domestik dan luar negeri.

TARIK MINAT USAHAWAN

Model perniagaan Flarebiz Network lebih kepada perkhidmatan dan penghasilan produk digital seperti e-book dan servis khas untuk usahawan yang mahu memperbaiki perniagaan mereka menggunakan kuasa Internet. Bagi tujuan meluaskan jaringan rakan dari kalangan mereka yang berminat berniaga menerusi Internet, mengumpulkan pakar dan sebagainya, Flarebiz Network mengasaskan e-majalah atau Majalah Internet Malaysia untuk mempromosi pemasaran Internet.

Mereka mahu menyedarkan pengguna tentang potensi untuk menjana wang di Internet dengan berusaha menyatukan semua usahawan pemasaran Internet tempatan menulis artikel mengenai bidang perniagaan ini.

E-majalah yang boleh dimuat turun secara percuma itu diperkenal dengan tujuan mendidik pengguna Internet mengenai potensi Internet sebagai medium atau media baru untuk menjana pendapatan.

Adly berkata majalah itu mengandungi artikel-artikel menarik, termasuk ilustrasi kartun yang mendidik pembaca dengan cara dan teknik yang betul untuk menjadikan Internet sebagai sumber pendapatan tanpa melibatkan perkara seperti sistem MLM atau pemasaran multi peringkat, sistem piramid, skim pelaburan Internet, HYIP atau program keuntungan tinggi, sistem derma duit dan tukaran wang asing secara online.

Setakat ini IM dimuat turun oleh kira-kira 20,000 orang.

KE KUALA LUMPUR

Anak bongsu daripada tiga beradik ini mendapat sokongan ibu bapanya walaupun berhenti belajar dalam usia muda tetapi mereka tahu anak mereka mempunyai kecenderungan yang bukan sia-sia. Bapanya seorang ustaz lulusan Universiti Al-Azhar meninggal dunia tahun lepas, tetapi sempat melihat kejayaan Adly melalui bidang yang diceburinya.

Walaupun bisnes Internet boleh berpangkalan di mana-mana, keadaan sekeliling memaksa Adly membuat keputusan untuk berhijrah ke Kuala Lumpur dan membuka pejabat Flarebiz Network yang kini mempunyai enam lagi petugas terdiri daripada anak-anak muda berusia dalam lingkungan 20-an. Selepas IM berjaya menarik perhatian ramai usahawan, Adly dan rakan kongsinya mahu mencipta sesuatu yang signifikan terutama dalam Bahasa Melayu untuk manfaat usahawan tempatan membawa perniagaan mereka maju setapak lagi.

Mereka bangunkan sistem kedai online – Niagakit – yang dicipta setelah mengenal pasti kelebihan dan kekurangan perisian shopping cart antarabangsa yang tidak sesuai dengan keperluan urus niaga tempatan.

“Kami guna Bahasa Melayu untuk kemudahan peniaga kecil dan peniaga konvensional dengan mengajak mereka daripada berniaga offline kepada online,” katanya.

Niagakit, menurutnya, memudahkan usahawan menggunakan medium yang mereka selesa, tidak rumit dan memenuhi keperluan asas mereka.

Adly berbangga kerana kini ramai yang berjaya memanfaatkan sistem yang diperkenal beliau kerana masalah biasa yang dihadapi kebanyakan mereka ialah tidak tahu membina laman web dan kurang mahir dengan perkara teknikal untuk menjual produk di Internet .

PRODUK MALAYSIA

“Niagakit merupakan sistem kedai online khas untuk rakyat Malaysia,” dan menurut Adly, beliau dan rakan kongsinya faham apa yang diperlukan oleh seseorang itu untuk menjual produk secara online.“Dalam dunia perniagaan Internet kini anda memerlukan sebuah sistem kedai online yang benar-benar mantap dan menyediakan pelbagai fungsi menarik yang akan memudahkan kerja seseorang.

“Seseorang itu boleh melakukan semuanya sendiri bermula dengan menyenaraikan produk sehinggalah memproses tempahan tanpa menghadapi sebarang masalah, dan tanpa perlu membazir wang dan masa untuk sistem memilih kedai online yang selaras dengan kehendak pasaran tempatan,” katanya.

Sistem ini ditawarkan pada harga RM1,000 tetapi Adly dan rakan kongsi turut menganjurkan bengkel atau seminar mini, mengajar secara mendalam selok belok sistem ini dan perniagaan Internet. Caj yang dikenakan untuk bengkel separuh hari hanya RM10. “Baru-baru ini semasa saya mengadakan seminar di Johor Bahru, orang Singapura pun turut hadir,” katanya bangga.

LAMAN WEB MINI

Flarebiz Network juga mencipta laman web mini, khas untuk menjual produk fizikal atau digital.
Untuk mempromosi produk mereka, Flarebiz Network mengadakan bengkel membina laman web mini yang memberikan panduan kepada peserta bagaimana untuk membina web mini dalam masa yang singkat tanpa perlu mengetahui perkara teknikal, yang sukar.

Biasa yang hadir ialah usahawan muda dan usahawan wanita yang mahu bekerja dari rumah, menjual tudung, pakaian, barang antik dan sebagainya.

Kebanyakan yang menggunakan sistem kedai online ini, menurut Adly ialah golongan berusia 25-40 tahun.

“Kebanyakan mereka bermula dengan bisnes konvensional. Kami ada pangkalan peminat dan yang berjaya akan berkongsi cerita di facebook, dari situ kaki turut memantau perkembangan perniagaan mereka.

“Saya sendiri belajar dan mendapatkan informasi (selain buku) daripada rakan pakar-pakar bisnes ini melalui jaringan Internet juga, berkongsi pengalaman, menggunakan konsep, menyelesaikan masalah dan sebagainya,” katanya.

Kini menurut Adly, Flarebiz Network menjana pendapatan dalam lingkungan lima angka setiap bulan dan beliau mengambil gaji sebanyak RM5,000 sebulan.

CABARAN YANG DIHADAPI

Dalam setiap perniagaan sudah tentu ada jatuh bangunnya. Bagi Adly pengalaman pahit beliau ialah, bila pelaburannya mula-mula datang ke Kuala Lumpur membeli mesin mencetak t-shirt berharga RM10,000 daripada seorang kawan, terbengkalai begitu saja.“Ketika itu saya anggap dunia perniagaan ini kejam, tapi dari situ saya belajar daripada kesilapan.

“Saya bangkit semula atas sokongan rakan-rakan dan pakar, seperti seorang usahawan IT di Kelantan. Kebanyakan mereka saya kenali melalui jaringan di Internet,” katanya.Adly sedar dalan perniagaan Internet dan perkembangan di dalam Internet itu sendiri membuatkan dia tidak mudah berpuas hati dengan apa yang dibangunkan.

Adly juga percaya budaya membeli-belah secara online yang menjadi trend di banyak negara akan menjadi amalan di negara ini suatu hari nanti. Maka itu beliau agresif menjaja Niagakit, mengadakan seminar mengenai penggunaannya dan memberi penerangan kepada usahawan lain.Beliau memegang kata-kata pengasas Microsoft dan hartawan Bill Gates: “Dalam abad 21 ini kalau bisnes tiada dalam online, ia bukan bisnes.”-


3.PORTAL LOT.MY BANTU USAHAWAN

 
KEBANYAKAN orang mungkin pernah memasang impian menjadi usahawan berjaya sehingga mampu menjana keuntungan besar.Pelbagai angan-angan bermain di fikiran seperti memikirkan jenama, produk yang ingin dipasarkan dan platform terbaik untuk memasarkan barangan.Bagaimanapun, apabila memikirkan modal yang besar perlu diperuntukkan sebelum dapat menubuhkan sesuatu cabang perniagaan, ramai mengangkat bendera putih.




Menyedari potensi sektor perniagaan, sekumpulan anak muda yang terdiri daripada Mohd. Akmal Akhpah, Shahabudeen Jalil, Mohd. Suhaimi Ramly, Khairul Anwar M. Zaki, Luqman Zulhusni Ismael dan Mohd. Alif Nordin telah membangunkan portal lot.my dalam memberi platform kepada bakal-bakal usahawan tanpa memerlukan modal besar.
Salah seorang yang membangunkan portal berkenaan, Shahabudeen, 29, berkata, lot.my telah ditubuhkan pada tahun 2010 untuk memberi peluang kepada usahawan membuka perniagaan melalui medium dalam talian.
 
Dia memberitahu, tujuan utama pembikinan portal berkenaan adalah untuk meluaskan peluang perniagaan dalam talian bagi seluruh rakyat Malaysia. "Kta mendapati terdapat beberapa faktor yang menjadi batu penghalang utama sehingga membantutkan hasrat bakal usahawan ini untuk memulakan perniagaan dalam talian.“Antaranya ialah kos pembikinan laman web e-dagang yang agak tinggi, tidak mempunyai kepakaran teknikal dalam bidang teknologi maklumat (IT) dan saluran pemasaran tidak berkesan,” katanya ketika ditemui Kosmo!.
Shahabudeen menjelaskan, ia juga diharap dapat mengubah paradigma masyarakat terhadap perniagaan melalui internet apabila terdapat persepsi yang mengaitkan bidang perniagaan dalam talian sebagai bidang berisiko tinggi. atanya, lot.my ingin mengubah persepsi tersebut dengan memaparkan perniagaan dalam talian sebagai satu bidang yang patut diceburi oleh semua pihak, termasuklah usahawan-usahawan yang baru menceburkan diri dalam perniagaan.
 
“Teknologi yang sedia ada membolehkan perniagaan dalam talian dijalankan dengan mudah dan dapat dilakukan secara separuh masa, malah di mana-mana sahaja mereka berada.“Ia amat sesuai apatah lagi apabila masyarakat hari ini yang sentiasa berdepan kekangan masa,” ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.
 
Teknologi
Dalam pada itu, M. Alif Nordin, 29 menjelaskan, sistem lot.my dibina dengan harapan untuk membolehkan bakal usahawan mendedahkan diri kepada dunia perniagaan dalam talian secara sistematik dan kos efektif. Ia adalah satu aplikasi membolehkan para usahawan membuka kedai dalam talian lengkap dengan mudah dan berkesan.
 
“Bahkan, pengguna yang tidak mempunyai kemahiran IT boleh mengendalikannya dengan mudah. Mereka boleh memulakan kedai dalam talian dengan mendaftar, pilih reka bentuk kedai dan iklankan produk,” katanya lagi.
Efektif
Graduan Universiti Multimedia (MMU) itu menjelaskan, pengguna tidak perlu memikirkan tentang pembelian domain, konfigurasi server, muat turun perisian atau apa jua keperluan kompleks lain untuk menggunakan lot.my. Katanya lagi,ia berasaskan web dan pendaftaran boleh dibuat dalam masa lima minit sahaja. Pengguna tidak perlu risau tentang kos kerana ia sangat berpatutan.
Dalam pada itu, usahawan mempunyai kebebasan menukar paparan kedai dalam talian mereka dengan mudah.Setiap modul juga boleh disembunyikan atau dipaparkan mengikut cita rasa pemilik kedai untuk menarik perhatian pelanggan.
Bagi mereka yang inginkan kelainan terdapat beratus-ratus latar belakang disediakan menanti usahawan. Ia boleh disuai padankan dengan tema kedai dan produk. Usahawan juga boleh memasukkan logo atau banner sendiri. Sementara itu, Khairul Anwar M. Zaki, 29, memberitahu, lot.my menawarkan sistem e-dagang lengkap yang merangkumi fungsi-fungsi utama perniagaan seperti sistem katalog, pemasaran, inventori, bayaran, dokumentasi dan perhubungan pelanggan.

“Mereka boleh membuat analisis dengan melihat pelbagai statistik apabila menggunakan portal ini. Ia termasuk kehadiran harian pelawat, populariti produk, dan rekod jualan.

“Ia juga memudahkan usahawan terutama yang baru berjinak menceburi bidang ini untuk membina perniagaan secara efektif dan efisien melalui sistem pengurusan jualan teratur serta berkesan,” katanya.Menyentuh mengenai keselamatan, Khairul Anwar memberitahu, setiap pemilik kedai akan mempunyai ruang operasi sendiri. Katanya, hanya pemilik kedai yang boleh mengakses ruang operasi kedai mereka sendiri.

“Lot.my dibantu oleh sistem sekuriti yang tinggi dan sistem pembayaran selamat untuk memastikan keselesaan usahawan serta pelanggan mereka dalam menjalankan urus niaga.“Kami turut menyediakan khidmat bantuan sokongan dalam membantu menyelesaikan sebarang masalah dihadapi melalui tanya@lot.my,” ujarnya lagi.Sehingga kini, Shahabudeen menambah, terdapat kira-kira 10,000 pengguna yang menggunakan portal berkenaan secara percuma semasa ia mula dilancarkan dua tahun lalu.
Sasaran
 
Katanya, pengguna yang membayar menggunakan lot.com pula adalah sebanyak 250 orang.“Kita berharap ia dapat dipertingkatkan pada tahun ini sehingga 1,000 pengguna dengan pengenalan akaun premium.“Akaun premium telah diperkenalkan pada tahun lalu bagi mereka yang serius dalam bidang perniagaan dengan mengenakan bayaran RM39.90 untuk satu bulan atau RM399.90 satu tahun,” katanya.Dia memberitahu, lot.my turut memperkenalkan pakej baharu iaitu belajar sampai pandai. Katanya, pakej tersebut akan menumpukan pembelajaran bersama usahawan dan wakil lot.my secara one on one selama enam bulan.“Dalam pakej ini, kita hanya mengenakan bayaran sebanyak RM600 sahaja kepada bakal usahawan.“Bengkel juga akan diadakan pada 3 Februari ini di Ampang Point, Kuala Lumpur.


4.KISAH KEJAYAAN - NADI-AYU TECHNOLOGIES SDN BHD
(NADI-AYU)


DUA puluh lapan tahun lalu, gadis yang menyarung pakaian seragam berwarna putih berkain biru gelap itu sentiasa dikerumuni teman sekelas, terutama ketika ketiadaan guru di bilik darjah.Bukan kerana teman sedarjah ingin bercerita mengenai rancangan kartun yang ditonton di televisyen pada malam sebelumnya, tetapi menantikan sesi membeli gula-gula dan makanan ringan di ‘gerai kecil’ milik si cilik bernama Nadira Mohd Yusoff.
Kini meneruskan legasi Nadi-Ayu Technologies Sdn Bhd (Nadi-Ayu) sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, Nadira mengakui seawal usia tujuh tahun, dia mencintai dunia perniagaan.

“Di kedai, kawan menerima lima biji gula-gula untuk 10 sen tetapi jika dibeli secara banyak (atau pukal) diskaun boleh dinikmati dalam bentuk pertambahan jumlah gula-gula.


“Di situ, saya memahami jika membeli secara borong atau pukal, lebih banyak kebaikan dan manfaat diterima oleh pembeli. Sejak itu, saya memulakan perniagaan runcit di kelas.



“Dan tak sangka, hal sama terjadi ke atas anak sulung yang kini aktif menjual biskut buatan saya di sekolah,” katanya ketika ditemui di Damansara Perdana.

Menanam cita-cita bergelar polis akibat pengaruh drama bersiri Hong Kong satu ketika dulu, wanita muda yang murah dengan senyuman ini berkata, selain aktif ‘menjaja’, dia turut berkecimpung dalam sukan, terutama golf.

Pernah mewakili daerah Petaling dan negara, termasuk di kejohanan China Ladies Open, anak sulung daripada dua beradik perempuan ini berjaya meraih kedudukan juara pada 1994.

Katanya, bidang sukan membuatkan dirinya lebih bersemangat dan tidak mudah putus asa dalam mengharungi cabaran mahupun pertandingan. Biarpun tidak berjaya mendapat kedudukan lima teratas, yang pasti kekecewaan ditebus dengan usaha berkualiti.

Biarpun zaman persekolahan sudah lama berlalu, minat Nadira terhadap sukan golf masih utuh dan kini, dia kerap menghabiskan masa bersama pelanggan di padang golf berbanding pusat hiburan.

Katanya, padang golf adalah pusat ‘pemantauan’ yang sesuai untuk mengenali
bakal pelanggan.

Sikap ditonjol ketika bermain di padang mencerminkan sifat mereka mengendalikan perniagaan.

Tidak mengenal erti ‘duduk diam’, pada saat teman sekuliah Fakulti Kejuruteraan Elektronik, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan rakan sebilik asyik menghabiskan masa cuti hujung minggu dengan berlibur atau mengulang kaji pelajaran, Nadira sibuk mengajar tuisyen pada waktu malam.

Tidak cukup dengan itu, wanita berdikari ini sanggup merentas sempadan memasuki negara jiran, Singapura untuk menjana pendapatan lebih tinggi dengan bekerja sambilan di gedung beli-belah.

Katanya, dia enggan menghabiskan masa tanpa melakukan sesuatu, sebaliknya ia digunakan untuk mencari pengalaman serta kewangan. Yang pasti, Kota Singa menjadi pilihan apabila membayangkan pulangan lumayan.

Berakhir saja pengajian di UTM, Nadira mengambil langkah berani untuk meneruskan pencarian rezekinya di Singapura sebelum ditawarkan pekerjaan di sebuah syarikat elektronik hampir dua tahun.

Mengerah kudrat di negara yang mengamalkan budaya asing bukan sesuatu perkara mudah, apatah lagi, dia satu-satunya pekerja wanita yang juga dari Malaysia dalam kelompok tugasannya.

“Dikelilingi kelompok lelaki asing memberi kelebihan kepada mereka untuk ‘membuli’ saya. Erti kata, buli itu bukan bermaksud sentuhan fizikal, sebaliknya saya diminta bekerja melebihi waktu bertugas, malah kadangkala tidak berkesempatan pulang ke rumah 24 jam.

“Namun pengalaman di sana membuatkan saya bertambah kuat, berdisiplin dan enggan mengaku kalah dalam menghadapi cabaran. Pengalaman itu juga saya gunakan apabila mengambil alih Nadi-Ayu atas permintaan ayah,” katanya.

Mula mentadbir syarikat pada 2002, wanita ini mengambil tindakan drastik memperkenalkan komputer riba jenama sendiri, Natsys. Bermula dengan enam kakitangan membabitkan ahli keluarga, komponen Natsys dipasang sendiri
dan dijual secara kecil-kecilan.

Dalam tempoh setahun, jenama Natsys mula dikenali ramai, pengeluaran pula mencecah 500 buah sebulan dengan pusat servis di seluruh Malaysia diuruskan bersama 30 kakitangan.

Menjelang 2007, Nadi-Ayu mula membekalkan komputer kepada Kementerian Pengajian Tinggi (Mohe) dan dianggap kejayaan besar bagi Nadira. Menyediakan komputer berasaskan Bumiputera, Natsys turut dibekalkan dengan aplikasi yang membantu pengguna ke tahap maksimum.

Pertemuan dengan seorang pelanggan membuka dimensi baru bagi Nadira apabila mencadangkan Nadi-Ayu menghasilkan aplikasi pengajaran Bahasa Inggeris untuk pelajar, terutama di tahap awal.

Pucuk di cita, ulam mendatang, Nadi-Ayu kemudian ditawarkan geran kewangan daripada Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC).

Nadira memulakan misi membangunkan satu aplikasi pendidikan Bahasa Inggeris secara on-line berfungsi meningkatkan skil membaca dan pengetahuan umum bagi kanak-kanak, Morrieland sebelum dilancarkan pada 26 Oktober 2011.

Menakjubkan apabila aplikasi yang dilancarkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad itu menerima sambutan menggalakkan, terutama di kalangan kanak-kanak, ibu bapa dan guru.

Terbaru, Nadi-Ayu menerima Anugerah Jenama Komputer Terbaik Malaysia, Pilihan Editor HWM 2011 dan Anugerah NEF-Awani, Syarikat Paling Berinovasi 2011.
5.JAMALUDDIN BAHARI (JAMAL),PENGARAH/CEO JAMAL ONLINE MARKETING
 
Jamaluddin Bahari atau lebih dikenali sebagai JaMaL, telah melibatkan diri dalam dunia perniagaan Internet di Malaysia sejak Disember 2008.
Berumur 31 tahun, berpendidikan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam. Mula melibatkan diri dalam perniagaan internet hasil dari pendedahan oleh Dr irfan Khairi. Pada mulanya beliau menjalankan perniagaan Internet secara sambilan di mana beliau membahagikan masa sebagai seorang jurutera awam di siang hari dan menjalankan perniagaan ebook selepas tamat waktu perkhidmatan sektor awam.
Sejak April 2010, JaMaL telah mengambil keputusan untuk memulakan perniagaan Internet dengan lebih serius. Keputusan ini dibuat setelah beliau mendapati pendapatan sambilan yang diperolehi adalah konsisten dan jauh lebih tinggi dari gaji penjawat awam yang diterimanya setiap bulan.
JaMaL mula terlibat dalam dunia perniagaan Internet sebagai usahawan produk digital, usahawan produk fizikal, pemasar affiliate, dan juga blogger. Beliau dikenali oleh penggiat industri perniagaan Internet di Malaysia sebagai “sifu” sejak tahun 2009 lagi. Selain itu, beliau juga sering menghasilkan panduan-panduan perniagaan dan pemasaran Internet yang sering dijadikan rujukan usahawan-usahawan lain.
Beliau juga telah membantu ramai usahawan Internet menapak dan membina perniagaan dalam industri perniagaan Internet melalui penganjuran seminar, bengkel dan personal coaching dan group coaching berkenaan pemasaran Internet. Ramai usahawan-usahawan Internet berjaya yang telah dilahirkan melalui tunjuk ajar yang beliau berikan.
Kesungguhan JaMaL untuk melihat lebih ramai usahawan Internet di Malaysia memanggil beliau untuk mengembangkan perniagaannya ke tahap yang lebih tinggi dengan mendapatkan persetujuan rakan-rakan serta pakar usahawan Internet untuk bekerjasama dengan syarikatnya, JaMaL Online Marketing.
Kenali JaMaL dengan lebih lanjut melalui blog peribadi beliau di BlogJamal.com dan sertai Komuniti Facebook Jamal Pakar Ebook untuk mendapatkan maklumat serta berita terkini berkenaan perniagaan Internet.
 
6.KISAH IRFAN KHAIRI, JUTAWAN INTERNET
Nama : Irfan Khairi
Umur : 28 Tahun
Asal : Perak
Jawatan : Jutawan Internet
Pendidikan:Ijazah Sarjana Muda Reka Cipta Multimedia dari Universiti Staffordshire, United Kingdom
Beliau mengaplikasikan sepenuhnya pengetahuan Internet dan Multimedia yang dipelajarinya untuk menjadi jutawan muda seawal umur 25 tahun. Tidak ada siapa yang menduga, anak muda yang agak pemalu dan sentiasa merendah diri ketika di bangku sekolah itu berjaya duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan tokoh jutawan Internet yang lain.Menyoroti sejarah sebelum memegang status itu, Irfan setelah habis pengajian ijazah pertamanya menerima tawaran bekerja di salah sebuah syarikat teknologi maklumat [IT] terbesar di Birmingham iaitu Netmedia [UK] Ltd.

Oleh sebab minat dan pengetahuan yang mendalam dalam bidang Internet dan perniagaan, beliau mula berjinak-jinak dalam bidang perniagaan Internet secara sambilan pada 1999. Selepas mendapati pendapatan daripada perniagaan Internet miliknya itu bertambah berlipat kali ganda, beliau mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan menumpukan sepenuh perhatian kepada perniagaan tersebut.Semenjak itu, Irfan hanya bekerja sepenuh masa dari rumah dengan hanya menggunakan komputer riba dan Internet.

Dalam masa tiga tahun beroperasi, salah satu perniagaannya memperoleh keuntungan bersih sebanyak RM 1 juta tanpa pekerja dan peralatan komputer canggih. Modal permulaannya hanya RM500. Sehingga sekarang, Irfan mesih bekerja sepenuh masa di rumah dengan penuh selesa menggunakan Internet sebagai sumber pendapatan bersama-sama isteri dan sepasang cahaya mata.
 
 
7.HAFIZ HASHEMI JOHAINI
 
 

BIODATA

Nama: Hafiz Hashemi Johaini.
Umur: 27 tahun
Asal: Selangor
Pendidikan: Pengurusan dan Pentadbiran (Pengangkutan), UITM
Jawatan: Pemilik syarikat komputer kitar semula, Apex Technology

Siapa sangka, bermula daripada kesukaran membeli set komputer di universiti memberi idea kepada beliau untuk meneroka bisnes `komputer mampu milik’.  Kini beliau mampu mempunyai rangkaian lima kedai komputer di serata tanah air, tiga unit kedai bergerak di universiti awam utama di sekitar Lembah Klang, sebuah kilang dan menggaji lebih 20 pekerja.Usaha itu ternyata berbaloi selepas menjual set komputer terpakai dan mencapai pendapatan RM2,000 sebulan walaupun ketika itu masih bergelar pelajar universiti. Jualan set komputer itu tersemai di benak beliau. Walaubagaimanapun beliau turut bertekad utuk membangunkan perusahaan itu sebagai kerjaya.

Beliau memulakan perniagaan secara kecil-kecilan dengan  didorong daripada sikap tidak terlalu bergantung pada ibu bapa untuk menampung perbelanjaan di UiTM.  Sebaik tamat pengajian dalam bidang Pengurusan dan Pentadbiran (Pengangkutan), beliau tidak terburu-buru mengusahakan perniagaan sendiri. Sebaliknya beliau menimba ilmu dalam bidang jualan komputer dengan bekerja di sebuah syarikat milik bukan Bumiputera selama setahun. Pada 2004, Hafiz memberanikan dirinya menubuhkan Apex Technology yang memanfaatkan komputer terpakai yang dibaik pulih untuk dijual semula.Beliau mendapat sokongan padu daripada Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) melalui beberapa kursus serta bimbingan dan khidmat nasihat, selain berbekalkan pengalaman sedia ada.

Menurut beliau, buat masa ini syarikat yang berpangkalan di Medan Idaman Business Centre, Gombak, Selangor itu mempunyai lima premis di Plaza Idaman, Gombak; Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA), Gombak, Selangor; Melaka; Tanah Merah, Kelantan; dan Plaza Alam Sentral, Shah Alam.Selain itu, Apex Technology diperkukuhkan lagi melalui unit kedai bergeraknya di Universiti Malaya (UM), Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) serta sebuah kilang di Jalan Gombak.


8.TENGKU FARITH RITAHUDDEEN


Tengku Farith Ritahuddeen
 Presiden
SKALI (Alam Teknokrat Sdn Bhd)

Tengku Farith Rithauddeen merupakan salah seorang penggerak industri Teknologi Maklumat (IT) di Malaysia. Pembabitan beliau di dalam industri IT di Malaysia bermula sejak dari awal tahun 1990.

Merupakan Presiden dan salah seorang pengasas SKALI (Alam Teknokrat Sdn Bhd), beliau bersama tiga rakan-rakan lain iaitu Aimi Aizal, Maznida Mokhtar dan Azmi Ahmad telah menubuhkan SKALI pada tahun 1997.

Kerjaya beliau bermula di dalam bidang perbankan di Commerce International Merchant Bankers (CIMB) dan walaupun mempunyai peluang yang cerah mendaki tangga korporat, beliau bertekad memilih untuk menjadi usahawan tekno bersama beberapa rakan-rakannya untuk meredah arus perkembangan ICT negara menerusi SKALI.

Di CIMB beliau memainkan peranan penting di dalam jabatan Kewangan Korporat dan Pemasaran Modal dan mempunyai pengalaman yang luas mengenai penstrukturan korporat dan kewangan.

Melalui pengalamannya di CIMB, beliau telah berjaya membina rangkaian perniagaan yang kukuh dengan beberapa bank pelaburan di Malaysia, para analisis, pelabur modal kapital dan para pelabur, dan terbabit di dalam pembangunan strategik konsultansi korporat untuk Pelabuhan Penang, sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan KPJ Healthcare Bhd.

Seterusnya, beliau mengembangkan kerjayanya di Road Builder (M) Holdings Berhad dan bertanggungjawab di dalam pembangunan strategik untuk projek-projek pembinaan dan infrastruktur. Di Road Builder, beliau memainkan peranan penting dalam mendapatkan beberapa projek-projek penswastaan yang berkaitan pembinaan dan infrastruktur.

Tengku Farith juga pernah mengetuai sebuah syarikat pengeluar tempatan yang terbabit di dalam pengeluaran bahan-bahan pembinaan. Berkhidmat selama empat tahun di syarikat terbabit, beliau bertanggungjawab mengendalikan seramai 160 kakitangan dan mengendalikan dua kilang pengeluaran serentak.

Tengku Farith juga merupakan Presiden untuk Pertubuhan Usahawan Teknokrat Malaysia (TeAM) Technopreneurs Association of Malaysia. TeAM telah ditubuhkan untuk membantu pembangunan teknologi maklumat di Malaysia.

Selain itu, beliau juga merupakan salah seorang pengasas NEF (New Entrepreneur Forum) sebuah badan yang membantu pembangunan usahawan bumiputera di Malaysia.

Pada tahun 2002, beliau telah dipilih di dalam senarai 100 pemimpin untuk 100 Global Leaders for Tomorrow (GLT) daripada Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland dan telah dianugerahkan Anugerah Usahawan Muda daripada Dewan Perniagaan Melayu Muda pada tahun 2004.

Kecemerlangan Tengku Farith terbukti apabila dia diberi kepercayaan menjadi ahli kounsel bagi NITC dan Technopreneur Flagship - MDC

Tengku Farith merupakan lulusan Sarjana Muda di dalam bidang Ekonomi daripada Universiti Carleton pada 1992.

9. PUA KHEIN-SENG

 
Pada hari ini USB Flash Drive merupakan antara benda yang paling penting dan dianggap sebagai satu keperluan terutamanya pelajar dan pekerja. Jika anda masih ingat lagi pada ketika itu USB Flash Drive berjenama Pendrive bersaiz 128MB pada harga RM300 sekitar tahun 2003. Tapi harganya semakin menurun pada masa sekarang ini, dengan ruangan storan yang semakin berganda, membolehkan para pengguna mendapat storan beberapa gb pada harga hanya puluhan ringgit. Tahukah anda, disebaliknya, orang yang menggunakan teknologi USB untuk storan dengan penciptaan single-chip USB adalah seorang rakyat MalaysiaPenciptanya adalah Pua Khein-Seng, berasal dari Sekinchan, Selangor. Pua Khein-Seng dan seorang sahabat tempatan telah bekerjasama dengan tiga jurutera dari Taiwan untuk menubuhkan Phison Electronics Corp pada bulan November tahun 2000. Pada asalnya, Pua Khien Seng ke Taiwan dalam melanjutkan pelajaran ke Taiwan dalam bidang kejuruteraan, dan kekal menetap disana dengan menubuhkan syarikat di sana. Enam bulan selepas penubuhan syarikat tersebut, mereka telah mencipta peranti yang dinamakan Pendrive dengan teknologi single-chip controller flash controller."Syarikat Phison juga telah meningkat naik dengan pantasnya. Mereka telah melancarkan Pen Drive pada Jun 2001, dan telah mendapatkan kembali segala modal mereka pada Ogos 2001. Bermula daripada September 2001, segala pendapatan yang diterima oleh mereka adalah berupa pendapatan bersih.

Pada masa itu, beliau dan rakannya hanya berusia 27 tahun. Dengan bantuan kerjasama dari rakan niaga, mereka berupaya memasuki pasaran Eropah dan Amerika disamping berjaya mendapatkan Toshiba sebagai pemegang saham syarikat terbesar.

Menariknya, terdapat ura-ura yang Pua Khien-Seng tidak diterima masuk ke universiti tempatan dan cadangan untuk membangunkan Pendrive juga tidak diluluskan dan tidak mendapat sokongan dana di Malaysia. Perkara ini dikatakan sebagai salah satu sebab mengapa beliau berhijrah ke Taiwan dan menubuhkan syarikat disana. Namun ia hanya sekadar ura-ura sahaja, dan kami tidak mendapat sebarang info rasmi berkaitan dengannya buat masa ini. Sekiranya perkara ini benar dan tidak berlaku, sudah tentu Pendrive dikenali sebagai ‘Teknologi dari Malaysia’ berbanding ‘Teknologi dari Taiwan’ seperti sekarang ini.

Apapun, Pua Khien-Seng masih tidak melupakan Malaysia, dan sering kembali ke Malaysia pada Tahun Baru Cina dan sebagai lokasi percutian. Pada masa yang sama, kini beliau juga dalam perancangan untuk membuka kilang dan cawangan Phison di Pulau Pinang untuk membantu pekerja beliau yang juga berasal dari Malaysia untuk kembali bekerja disini disamping membantu membangun ekonomi negara.
10. SERGEY BRIN
 
Sergey Mikhailovich Brin lahir di Moscow, Soviet Union, 21 Agustus 1973; umur 39 tahun adalah seorang pengusaha Amerika . Lahir di Rusia, Brin mempelajari ilmu komputer dan matematika sebelum mendirikan Google dengan Larry Page. Brin adalah presiden teknologi pada Google dan mempunyai net worth perkiraan pada $18.7 miliar, yang membuatnya menjadi orang nomor 26 terkaya di dunia.
Kehidupan awal dan pendidikan
Sergey Mikhailovich Brin lahir di Moskwa, Uni Soviet, dari sebuah keluarga Yahudi. Ayahnya yang bernama Mikhail Brin dan ibunya Evgenia Brin (née Krasnokutskaya) adalah ahli matematika lulusan Moscow State University. Pada tahun 1979, ketika Brin berumur 6 tahun, keluarganya pindah ke Amerika Serikat. Di sana, Brin didaftarkan di sekolah dasar Paint Branch Montossori, Adelphi, Maryland. Ayahnya, yang juga seorang profesor di departemen matematika University of Maryland berperan besar mengembangkan ketertarikan Brin pada matematika. Pada bulan September 1990, setelah lulus dari Eleanor Roosevelt High School, Brin diterima di University of Maryland, College Park. Di sana ia mengambil jurusan ilmu komputer dan matematika, dan berhasil mendapatkan gelar Bachelor of Science pada tahun 1993. Brin kemudian melanjutkan pendidikan ilmu komputernya di Stanford University melalui beasiswa dari National Science Foundation. Ia menerima gelar masternya pada bulan Agustus 1995.Brin juga memiliki gelar MBA dari IE Business School.
 
Ketertarikan pada mesin pencari
Brin menunjukkan ketertarikannya pada Internet dan search engine (mesin pencari) tak lama setelah ia diterima di Stanford. Ia menulis banyak paper yang membahas tentang data-mining dan pattern extraction. Ia juga menulis software yang dapat mengubah TeX menjadi HTML untuk memudahkan tugas-tugasnya.
Momen terpenting Brin di Stanford adalah ketika ia bertemu dengan Larry Page. Menurut rumor di Google, Page dan Brin "tidak saling menyukai ketika mereka pertama kali bertemu di pascasarjana ilmu komputer Standford University pada 1995. Namun demikian, mereka akhirnya menemukan bahwa mereka memiliki ketertarikan yang sama: mencari dan menemukan informasi yang relevan dari sekumpulan data yang besar. Bersama-sama, pasangan ini kemudian menulis sebuah karya berjudul "The Anatomy of a Large-Scale Hypertextual Web Search Engine" yang dianggap sebagai bibit bagi karier mereka.
Kehidupan pribadi
Pada bulan Mei 2007, Brin menikahi Anne Wojcicki di Kepulauan Bahama. Wojcicki adalah seorang analis bioteknologilulusan Yale University. Ia adalah pendiri 23and Me.
Ibu Brin didiagnosis menderita Penyakit Parkinson. Pada tahun 2008, Brin mendonasikan banyak uangnya ke University of Maryland School of Medicine, tempat di mana ibunya dirawat.
 

 




 

 

2 comments:

  1. Mohon share ya admin. Semoga admin dimurahkan rezeki2 yang halal. Terima kasih :)

    ReplyDelete
  2. saya nak tahu macam mana cara nya nak tahu lubuk duit ada dimana saya pun ada keinginan dan cita2 mahu jadi usahawa dan seterusnya jadi jutawan saya teringin mcm mereka2 yg di atas ni :) mohon ilmu hanya untuk pengetahuan dan membantu sesama ok tq klo ada pa2 add fb sy si puteri yg sedih arap mklm bls nak tahu ilmu nya apa

    ReplyDelete