Projek






 



e-Tourism




 

IDEA PERNIAGAAN

D'Heart IT Solution Sdn Bhd



Dg. Masizah Ahmad
Hamidatul Saadiah Mohd Yusuf
Nor Fariza Mat Hassan
Laila Hasnim Mohd Johari


Maklumat Syarikat:
D'Heart IT Solution Sdn Bhd
No 108, Jalan Jalil Perkasa 15,
Aked Espland, Bukit Jalil,
57000 Kuala Lumpur

dheartitsolution.blogspot.com


Isi Kandungan                                                                                                     

 
Seksyen 1.0 RINGKASAN EKSEKUTIF & IDEA PERNIAGAAN

Seksyen  2.0 PENERANGAN PRODUK DAN PERKHIDMATAN
 

Seksyen 3.0 PENERANGAN TEKNOLOGI
 
 
Seksyen  4.0 PASARAN DAN PERTANDINGAN
 
 
Seksyen  5.0 MODEL PERNIAGAAN
 
 


Seksyen 1.0 RINGKASAN EKSEKUTIF & IDEA PERNIAGAAN

 
 
Kami bercadang membina satu sistem baru bernama ‘e-Tourism’ .Sistem ini merupakan satu aplikasi yang menggabungkan semua keperluan untuk perlancongan dan boleh dianggap sebagai hub setempat yang mengandungi paparan interaktif dan mesra pengguna.
 
ISU YANG RELEVAN BERKAITAN DENGAN PRODUK
Kami mendapati sektor pelancongan memainkan peranan yang penting dalam pertumbuhan ekonomi Negara. Dengan itu, tercetus satu idea untuk membangunkan satu aplikasi untuk pelancongan iaitu “e-Tourism”. Kami berharap dapat membantu pelancong tempatan mahupun pelancong luar dalam percutian atau pengembaraan dengan menggunakan aplikasi kami. Ini kerana, kebanyakkan aplikasi yang sedia ada berasingan.
 
___________________________________________________

  Seksyen 2.0 PENERANGAN PRODUK DAN PERKHIDMATAN

 

 

 
JURANG MASALAH, ATAU PELUANG PERNIAGAAN
Untuk merekacipta aplikasi ini, ia memerlukan kepakaran dalam bidang IT iaitu bidang pengaturcaraan atau JAVA kerana aplikasi ini menggunakan aturcara yang banyak untuk menjayakannya.
Dalam pada itu, aplikasi ini masih belum digunapakai oleh mana-mana pihak. Maka, terdapat peluang besar sekiranya projek aplikasi e-TOURISM ini berjaya.
_______________________________________________

Seksyen 3.0 PENERANGAN TEKNOLOGI

 

Teknologi semakin hari semakin berkembang dengan terciptanya ‘android’ dan ’i-tunes’ maka kami terfikir untuk membuat satu applikasi menggunakan android dan i-tunes.
Aplikasi ini mengandungi Maps, Kompas, Kajicuaca, Pertukaran mata wang, Tempahan dan Gambar untuk kegunaan pengguna dimana ia dapat digunakan oleh semua pihak untuk lebih mengetahui maklumat tempat percutian. Maklumat tempat percutian merupakan satu perkara yang penting bagi pelancong untuk mendapatkan maklumat tempat percutian bagi tujuan merancang percutian dengan baik
__________________________________________________

Seksyen  4.0 PASARAN DAN PERTANDINGAN

 


SASARAN PENGGUNA
  • Pengguna smartphone  
  • Pengguna gajet seperti Samsung Tab,ipad
  •  Pengguna OS android  dan i-tunes
PERSAINGAN

Kami yakin dengan industri teknologi yang semakin berkembang maju. Kini penggunaan aplikasi dalam telefon mudah digunakan oleh orang ramai. Pihak kami menjalankan kajian yang menunjukkan belum ada lagi tempat yang menyediakan sistem ini, kerana apa yang ada di pasaran kini hanyalah lokasi keseluruhan tempat.

PEMASARAN

Kami memberi fokus yang lebih kepada tempat pelancongan tempatan yang ada di malayasia seperti Sabah,Sarawak, Pulau Langkawi dan sebagainya.
___________________________________________________

Seksyen 5.0 MODEL PERNIAGAAN

 

 

POTENSI PENGIKLANAN PRODUK
 
Kami yakin sistem e-Tourism ini dapat mencapai sasaran dan berjaya dipasarkan berikutan manfaat yang boleh diperoleh daripadanya seperti lokasi lebih mudah dicari, penjimatan masa, kecil dan mudah digunakan (hanya menggunakan smartphone atau gajet sahaja).
 
 
 

POSTER

 
 

 

 
 

 

 

0 comments:

Post a Comment